Selasa, Mac 23, 2010

Guan Eng rasmi makmal sains pertama SAR



PERMATANG PAUH, 23 Mac: Ketua Menteri, Lim Guan Eng telah merasmikan makmal sains pertama sekolah agama rakyat (SAR) di Pulau Pinang, kelmarin.


Sekolah agama rakyat, Madrasah Al-Aminiah yang terletak di jalan Permatang Nibong-Permatang Pauh merupakan antara beberapa buah sekolah agama rakyat yang telah menerima bantuan kerajaan negeri.

“Kita percaya dan yakin bantuan yang diberikan kepada sekolah agama rakyat digunakan dengan telus, dan kita juga percaya ianya digunakan tanpa sebarang kebocoran.

“Maka kerana itu kita memberi bantuan dan ini adalah bantuan pertama seumpamanya kerajaan negeri kepada sekolah agama rakyat,” kata Guan Eng.

Beliau turut memetik ungkapan daripada Khalifah Umar Abdul Aziz: “Ilmu adalah pakaian jasad orang kaya, penolong bagi orang fakir, bukan aku menyatakan bahawa ilmu untuk mencari kekayaan tetapi untuk kenaan, panduan bagi orang miskin”.

Sementara itu, Ustaz Salleh Man selaku Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri (MAIPP) turut merasa bangga kerana selama ini bantuan ke sekolah agama rakyat disekat.

Malah, katanya sekolah-sekolah agama terpaksa melancarkan kempen derma bagi menampung keperluan pembelajaran anak-anak yang belajar di sekolah berkenaan.

Kini, tambahnya kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat telah memberi bantuan kepada semua sekolah agama bagi meningkatkan kemudahan dan keperluan untuk pembelajaran di sekolah-sekolah agama.

Isnin, Mac 15, 2010

Penghargaan Warga Emas Negeri Pulau Pinang Sebanyak RM100 Setahun

Kenyataan oleh Pejabat Ketua Menteri pada 15.3.2010 di Komtar, George Town



Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membuat keputusan untuk mengirim RM100 di bawah Program Penghargaan Warga Emas ke alamat penerimanya. Ini adalah untuk memudahkan pengagihan wang tersebut agar warga emas tidak perlu bersusah-payah untuk berkunjung ke pusat khidmat ADUN untuk mendapat sumbangan wang sebanyak RM100. Sumbangan tersebut akan dikirimkan selepas pelancaran Program Penghargaan Warga Emas yang akan diadakan di Kompleks Masyarakat Penyayang pada 21.3.2010.

Bersama sumbangan tersebut, akan disertakan satu salinan surat daripada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dengan kandungannya seperti berikut:

Tuan/Puan,



Program Penghargaan Warga Emas Negeri Pulau Pinang Sebanyak RM100 Setahun



Sebagai kerajaan berjiwa rakyat, Kerajaan Negeri Pulau Pinang Pakatan Rakyat sentiasa berusaha mendengar suara rakyat, bekerja untuk rakyat dan memberi harapan baru kepada semua. Kerajaan berjiwa rakyat boleh disempurnakan menerusi prinsip 3P-Perkasakan, Perkuasakan dan Perkayakan rakyat.

-Perkasakan rakyat dengan kepakaran, ilmu pengetahuan dan pendidikan serta menyediakan peluang yang saksama kepada semua lapisan masyarakat demi mewujudkan kemakmuran rakyat.

-Perkasakan rakyat dengan hak-hak asasi, kebebasan dan kebertanggungjawaban supaya semua dapat peluang yang saksama dan berjaya atas usaha sendiri.

-Perkayakan rakyat dengan perkongsian kekayaan dan hasil ekonomi bagi mencapai keadilan sosio-ekonomi.

Julung kali dalam sejarah Pulau Pinang, warga emas yang berusia 60 tahun ke atas yang bermastautin di Pulau Pinang diberi penghargaan wang tunai sebanyak RM100 setahun. Ia adalah hadiah simbolik kerajaan negeri kepada semua warga emas atas sumbangan dan usaha mereka yang membolehkan Pulau Pinang mengecapi kejayaan hari ini, baik dari segi sosio-ekonomi mahupun dalam aspek perpaduan dan harmoni masyarakat majmuk.

Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat mampu berbuat demikian hanya atas amalan belanjawan berhemah, jimat-cermat, urus tadbir baik berdasarkan CAT (Cekap, Akauntabel, Telus) berdasarkan ‘amar maa’ruf nahi mungkar’. Urus tadbir CAT mendapat pengiktirafan oleh badan antarabangsa anti rasuah terunggul, Transparency International, yang buat kali pertamanya memuji sebuah kerajaan negeri di Malaysia. Laporan Ketua Audit Negara juga memuji kejayaan kerajaan negeri yang menukarkan anggaran defisit Belanjawan 2008 sebanyak RM35 juta kepada rekod lebihan RM88 juta dan anggaran defisit Belanjawan 2009 sebanyak RM40 juta kepada lebihan RM77 juta.

Kerajaan negeri berasa kesal pihak lawan politik kami telah cuba sabotaj program penghargaan wang tunai RM100 ini dengan tuduhan pemberian wang kepada warga emas adalah satu tindakan rasuah. Walaubagaimanapun, kami akan meneruskan program ini dan kami bersedia untuk menghadapi sebarang siasatan atau tindakan oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Penghargaan wang tunai RM100 kali ini merupakan kesinambungan kerajaan PR yang telah pun berjaya membasmi miskin tegar, memberikan rebet air RM100 kepada hampir 170,000 keluarga susah dan juga sumbangan beras percuma pada tahun 2008-2009. Jangan ingat anda dilupakan apabila anda sudah tua. Selagi kerajaan PR Pulau Pinang ada, kepentingan warga emas akan diambil berat dan anda akan sentiasa dalam memori.


Usia Emas pujaan hati,
Tak lekang dek panas mahupun hujan,
Jasa dan budi di serata bumi,
Sanjungan rakyat berzaman-zaman.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,



Lim Guan Eng
Ketua Menteri Pulau Pinang


———————————————————

Sabtu, Mac 06, 2010

DEBAT PERDANA RAKYAT 2010 ( Isu melayu- Islam Pulau Pinang: Antara provokasi & kebenaran )



100 keping Banner kami dah naikkan di simpang-simpang jalan .. dari Pulau hingga ke Seberang Perai di Tanah Besar..

50,000 keping Handbill pun dah diedarkan kehampir seluruh Masjid-Masjid di Pulau Pinang dan juga Seberang Perai..

SMS dan e-mail juga telah dikirim, YB Sim pun dah update dalam facebook nya..

Permit perhimpunan pun dah dipohon dan juga telah diluluskan oleh pihak Polis..

Kebenaran menggunakan Tapak Ekspo Seberang Jaya pun dah diperolehi segala persiapan akan kami uruskan esok malam..

Anil Netto dan Wartawan Rasmi Laman Reformasi juga telah bersedia untuk membuat liputan secara live..

Sound System terbaik di Pulau Pinang pun dah bersedia dan akan dipasang pada petang Ahad ni bersama dengan 2 screen untuk projector..

Unit Amal, Unit Ehsan, Team Amal dan UKP (Unit Keselamatan Parlimen) telah dikerahkan untuk membantu melancarkan program..

Semua itu kami buat untuk menyambut kehadiran kehadiran Pejuang-Pejuang Bangsa Melayu yang sangat prihatin dengan nasib masyarakat Melayu Pulau Pinang ini..

Kami lakukan untuk menyambut Ketua Pemuda UMNO Norman Zahalan yang telah mengoyak surat jemputan kami hari itu dan menuduh Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang seperti 'kuda tunggangan' Ketua Menteri..

Kami lakukan juga untuk menyambut Rizal Faris Mohideen Yang DiPertua DPMM Pulau Pinang yang telah mengatakan dia tidak mahu melayan cabaran dari 'ikan bilis' macam kami ini..

Juga kami telah sediakan kerusi yang empuk buat Jais Abdul Karim Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung biar dia selesa bila berbicara.. walaupun katanya dia hanya mahu berdebat dengan Guan Eng Ketua Menteri kami..

Gelangang telah kami sediakan, gelanggang terbuka yang akan dihadiri ribuan Melayu yang mencari jawapan bagaimana mereka dipinggirkan...

Pas Cawangan Kampung Aman ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO