Isnin, Disember 06, 2010

Salam Ma’al Hijrah 1432

Rabu, November 24, 2010

Ijtimak Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang

Khamis, November 18, 2010

KORBAN anjuran PAS Caw Kampung Aman - 17/11/2010



Sebanyak 4 ekor lembu dikorban kan.. dari pakatan warga Kampung Aman

Khamis, Oktober 07, 2010

CERAMAH PERDANA ISU SEMASA

Isnin, September 27, 2010

SEKITAR JAMUAN AIDILFITRI PAS CAWANGAN KAMPUNG AMAN

Suasana sekitar jamuan Aidilfitri


Suasana sekitar jamuan Aidilfitri


Suasana sekitar jamuan Aidilfitri


suasana sekitar jamuan Aidilfitri dan jualan dinar ,dirham


Sumbangan Aidilfitri kepada warga emas dan yang uzur sekitar jkkk kawasan Pokok Sena

Khamis, September 09, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.. MAAF ZAHIR & BATIN dari PAS Caw Kampung Aman

SUMBANGAN AIDILFITRI KEPADA YANG KURANG BERKEMAMPUAN

Sempena Aidilfitri bakal menjelang, PAS Caw Kampung Aman tidak melupakan kepada penduduk Kg Aman yang kurang berkampuan. Sedikit sumbangan disumbangkan dan jelas terpancar kegembiraan diwajah penerima.

Isnin, Ogos 16, 2010

Persiapan juadah & majlis berbuka puasa

Pada 5 ramadhan PAS Caw dan pemuda Kg Aman telah mengadakan majlis berbuka puasa di surau Kg Aman tengah. Menu nasi daging dijuadahkan pada majlis tersebut. Sebelum majlis berbuka, tazkirah ramadhan telah disampaikan oleh Ustaz Faisol Che Ahmad yang juga anak tempatan Kg Aman.

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak dari PAS Caw Kampung Aman

Ahad, Julai 11, 2010

Program penyerahan baucer RM100 kepada warga emas kawasan JKKK Pokok Sena





Majlis penyerahan baucer RM100 dari kerajaan negeri Pulau Pinang kepada warga emas bagi kawasan JKKK Pokok Sena, terdiri daripada Kampung Aman, Kampung Lama, Pmtg Kerai Besar, Pmtg Kerai Kecil, Pokok Sena, Kampung Banggol dan Kampung Baru. Turut hadir ahli majlis MPSP Johari Kasim dan saudara Jamil bagi merasmikan program ini



Usia Emas pujaan hati,
Tak lekang dek panas mahupun hujan,
Jasa dan budi di serata bumi,
Sanjungan rakyat berzaman-zaman.


Selasa, Julai 06, 2010

Gambar sekitar gotong royong , sumbangan kepada yg kurang berkemampuan dan kenduri rakyat bersama Timbalan Ketua Menteri 1 ( YB Dr Mansor Bin Othman )





Gambar sekitar gotong royong , sumbangan kepada yg kurang berkemampuan dan kenduri rakyat bersama Timbalan Ketua Menteri 1 ( YB Dr Mansor Bin Othman )







Isnin, April 05, 2010

Gambar sekitar forum perdana Kg Aman 3 /4 /2010





Gambar sekitar forum perdana Kg Aman 3 /4 /2010





Selasa, Mac 23, 2010

Guan Eng rasmi makmal sains pertama SAR



PERMATANG PAUH, 23 Mac: Ketua Menteri, Lim Guan Eng telah merasmikan makmal sains pertama sekolah agama rakyat (SAR) di Pulau Pinang, kelmarin.


Sekolah agama rakyat, Madrasah Al-Aminiah yang terletak di jalan Permatang Nibong-Permatang Pauh merupakan antara beberapa buah sekolah agama rakyat yang telah menerima bantuan kerajaan negeri.

“Kita percaya dan yakin bantuan yang diberikan kepada sekolah agama rakyat digunakan dengan telus, dan kita juga percaya ianya digunakan tanpa sebarang kebocoran.

“Maka kerana itu kita memberi bantuan dan ini adalah bantuan pertama seumpamanya kerajaan negeri kepada sekolah agama rakyat,” kata Guan Eng.

Beliau turut memetik ungkapan daripada Khalifah Umar Abdul Aziz: “Ilmu adalah pakaian jasad orang kaya, penolong bagi orang fakir, bukan aku menyatakan bahawa ilmu untuk mencari kekayaan tetapi untuk kenaan, panduan bagi orang miskin”.

Sementara itu, Ustaz Salleh Man selaku Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri (MAIPP) turut merasa bangga kerana selama ini bantuan ke sekolah agama rakyat disekat.

Malah, katanya sekolah-sekolah agama terpaksa melancarkan kempen derma bagi menampung keperluan pembelajaran anak-anak yang belajar di sekolah berkenaan.

Kini, tambahnya kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat telah memberi bantuan kepada semua sekolah agama bagi meningkatkan kemudahan dan keperluan untuk pembelajaran di sekolah-sekolah agama.

Isnin, Mac 15, 2010

Penghargaan Warga Emas Negeri Pulau Pinang Sebanyak RM100 Setahun

Kenyataan oleh Pejabat Ketua Menteri pada 15.3.2010 di Komtar, George Town



Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membuat keputusan untuk mengirim RM100 di bawah Program Penghargaan Warga Emas ke alamat penerimanya. Ini adalah untuk memudahkan pengagihan wang tersebut agar warga emas tidak perlu bersusah-payah untuk berkunjung ke pusat khidmat ADUN untuk mendapat sumbangan wang sebanyak RM100. Sumbangan tersebut akan dikirimkan selepas pelancaran Program Penghargaan Warga Emas yang akan diadakan di Kompleks Masyarakat Penyayang pada 21.3.2010.

Bersama sumbangan tersebut, akan disertakan satu salinan surat daripada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dengan kandungannya seperti berikut:

Tuan/Puan,



Program Penghargaan Warga Emas Negeri Pulau Pinang Sebanyak RM100 Setahun



Sebagai kerajaan berjiwa rakyat, Kerajaan Negeri Pulau Pinang Pakatan Rakyat sentiasa berusaha mendengar suara rakyat, bekerja untuk rakyat dan memberi harapan baru kepada semua. Kerajaan berjiwa rakyat boleh disempurnakan menerusi prinsip 3P-Perkasakan, Perkuasakan dan Perkayakan rakyat.

-Perkasakan rakyat dengan kepakaran, ilmu pengetahuan dan pendidikan serta menyediakan peluang yang saksama kepada semua lapisan masyarakat demi mewujudkan kemakmuran rakyat.

-Perkasakan rakyat dengan hak-hak asasi, kebebasan dan kebertanggungjawaban supaya semua dapat peluang yang saksama dan berjaya atas usaha sendiri.

-Perkayakan rakyat dengan perkongsian kekayaan dan hasil ekonomi bagi mencapai keadilan sosio-ekonomi.

Julung kali dalam sejarah Pulau Pinang, warga emas yang berusia 60 tahun ke atas yang bermastautin di Pulau Pinang diberi penghargaan wang tunai sebanyak RM100 setahun. Ia adalah hadiah simbolik kerajaan negeri kepada semua warga emas atas sumbangan dan usaha mereka yang membolehkan Pulau Pinang mengecapi kejayaan hari ini, baik dari segi sosio-ekonomi mahupun dalam aspek perpaduan dan harmoni masyarakat majmuk.

Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat mampu berbuat demikian hanya atas amalan belanjawan berhemah, jimat-cermat, urus tadbir baik berdasarkan CAT (Cekap, Akauntabel, Telus) berdasarkan ‘amar maa’ruf nahi mungkar’. Urus tadbir CAT mendapat pengiktirafan oleh badan antarabangsa anti rasuah terunggul, Transparency International, yang buat kali pertamanya memuji sebuah kerajaan negeri di Malaysia. Laporan Ketua Audit Negara juga memuji kejayaan kerajaan negeri yang menukarkan anggaran defisit Belanjawan 2008 sebanyak RM35 juta kepada rekod lebihan RM88 juta dan anggaran defisit Belanjawan 2009 sebanyak RM40 juta kepada lebihan RM77 juta.

Kerajaan negeri berasa kesal pihak lawan politik kami telah cuba sabotaj program penghargaan wang tunai RM100 ini dengan tuduhan pemberian wang kepada warga emas adalah satu tindakan rasuah. Walaubagaimanapun, kami akan meneruskan program ini dan kami bersedia untuk menghadapi sebarang siasatan atau tindakan oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Penghargaan wang tunai RM100 kali ini merupakan kesinambungan kerajaan PR yang telah pun berjaya membasmi miskin tegar, memberikan rebet air RM100 kepada hampir 170,000 keluarga susah dan juga sumbangan beras percuma pada tahun 2008-2009. Jangan ingat anda dilupakan apabila anda sudah tua. Selagi kerajaan PR Pulau Pinang ada, kepentingan warga emas akan diambil berat dan anda akan sentiasa dalam memori.


Usia Emas pujaan hati,
Tak lekang dek panas mahupun hujan,
Jasa dan budi di serata bumi,
Sanjungan rakyat berzaman-zaman.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,



Lim Guan Eng
Ketua Menteri Pulau Pinang


———————————————————

Sabtu, Mac 06, 2010

DEBAT PERDANA RAKYAT 2010 ( Isu melayu- Islam Pulau Pinang: Antara provokasi & kebenaran )



100 keping Banner kami dah naikkan di simpang-simpang jalan .. dari Pulau hingga ke Seberang Perai di Tanah Besar..

50,000 keping Handbill pun dah diedarkan kehampir seluruh Masjid-Masjid di Pulau Pinang dan juga Seberang Perai..

SMS dan e-mail juga telah dikirim, YB Sim pun dah update dalam facebook nya..

Permit perhimpunan pun dah dipohon dan juga telah diluluskan oleh pihak Polis..

Kebenaran menggunakan Tapak Ekspo Seberang Jaya pun dah diperolehi segala persiapan akan kami uruskan esok malam..

Anil Netto dan Wartawan Rasmi Laman Reformasi juga telah bersedia untuk membuat liputan secara live..

Sound System terbaik di Pulau Pinang pun dah bersedia dan akan dipasang pada petang Ahad ni bersama dengan 2 screen untuk projector..

Unit Amal, Unit Ehsan, Team Amal dan UKP (Unit Keselamatan Parlimen) telah dikerahkan untuk membantu melancarkan program..

Semua itu kami buat untuk menyambut kehadiran kehadiran Pejuang-Pejuang Bangsa Melayu yang sangat prihatin dengan nasib masyarakat Melayu Pulau Pinang ini..

Kami lakukan untuk menyambut Ketua Pemuda UMNO Norman Zahalan yang telah mengoyak surat jemputan kami hari itu dan menuduh Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang seperti 'kuda tunggangan' Ketua Menteri..

Kami lakukan juga untuk menyambut Rizal Faris Mohideen Yang DiPertua DPMM Pulau Pinang yang telah mengatakan dia tidak mahu melayan cabaran dari 'ikan bilis' macam kami ini..

Juga kami telah sediakan kerusi yang empuk buat Jais Abdul Karim Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung biar dia selesa bila berbicara.. walaupun katanya dia hanya mahu berdebat dengan Guan Eng Ketua Menteri kami..

Gelangang telah kami sediakan, gelanggang terbuka yang akan dihadiri ribuan Melayu yang mencari jawapan bagaimana mereka dipinggirkan...

Selasa, Januari 19, 2010

Sumbangan pakaian sekolah untuk anak-anak Kg Aman yg kurang berkemampuan


Sebelum sesi persekolahan penggal 2010 bermula, PAS caw kampung Aman telah menggadakan program kembali ke sekolah sempena penggal persekolahan yang baru bermula ini. Seramai lapan orang anak-anak terpilih telah dibawa kekedai di Kepala Batas. Mereka di beri pilihan sendiri untuk membeli kelengkapan persekolahan 2010. Dengan penuh keceriaan terpancar di wajah kanak-kanak tersebut dalam memilih pakaian.Turut serta didalam program ini ialah ketua caw serta saf-saf kepimpinan cawangan. Ini adalah program tahunan PAS Cawangan Kpg Aman. Sebelum selesai membeli pakaian kanak-kanak tersebut diberi sedikit kata perangsang oleh timb ketua caw untuk terus berjaya didalam pelajaran.Waris kanak-kanak terpilih berterima kasih kepada pihak PAS caw kerana sudi meringgankan bebanan tanggungan mereka.

Pas Cawangan Kampung Aman ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO